Ahad, 14 Oktober 2012
Ahad, 30 September 2012
tiba-tiba plak saya teringat lagu nie...hurmmm,,,
maybe coZ miss sesangat kt family saya kot,biasala jauh di perantauan...huhu~
lagi pun my father suka sgt dgr lagu-lagu dri alley cat niey...hihi
i also like this song...cer baca lirik nie mesti u aLL tahu kan...hihihi..:))
apa yg penting layannnnn....hihi...bye...gud nite! assalamualaikum....^_^
Andainya Aku Pergi
Dulu
Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa
Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Assalamualaikum semua....hurmmm...sudah agak lama saya tidak meng"update"sebarang info or whatever dlm blog saya ni...rindu rasanya nak meng"aktifkan" diri dlm aktiviti ber"blogging" nie..asyik2 meng"aktifkan diri dlm ber"fb" je kan,,hehehe...actually,saya ada something yg nak dikongsikan with u all...secara jujurnya,saya sgt tertarik dgn post di bwh nie...hurm...sgt berguna utk panduan and pedoman utk kita semua, memanglah...kita semua pun tahu"we are not perfect in all aspects of life pun"...so,kita kenalah perbaiki setiap kekurangan yg kita ada,dan jgn jadikan kelemahan kita sebagai satu bebanan or "fed up" dgn diri sendiri...tp jadikan kekurangan itu sebagai satu peluang utk kita sentiasa improve diri kita ke arah yg more better...don't be sad,be happy ok! LA TAHZAN~Remember! ALLAH S.W.T sentiasa ada bersama hamba-hambanya yg sentiasa mengingatiNYA...InsyaALLAH....
cer u aLL baca pOst nie...sangat berguna 4 u aLL...^_^
Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... (
Muhasabah )
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan
memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang
minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah
berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan
dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak
solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga.
Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat
orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam
kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang
ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering
menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan
kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH
yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini
dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan,
harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh
dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah
mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak
berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak.
Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini
adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang
mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh
orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya
melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang.
Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula
luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan
semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah
hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya
menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya
ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat
di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari
berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis
yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam
peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku
tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu?
Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi.
Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda
perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH,
datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang
beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah
berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala,
yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca
bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan,
manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada
ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang
menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang
menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti
NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan
kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga,
maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
\Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya
di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas
menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji
hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu
berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara
itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih
ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda.
Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan
masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan
kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di
akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda
berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk
kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah
kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa
itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula....:))
Lastly...terima kasih, thank you,AND syukran 4 u aLL coZ sudi melawat dan membaca di blOg saya yg x seberapa ini...sekali lagi...SYUKRAN...semOga ALLAH s.w.t sentiasa berada di hati kita...^_^
Isnin, 6 Februari 2012
Sabtu, 28 Januari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)