Isnin, 16 September 2013

Jadi Sahabat Sahaja, Tak Perlu Kapel


Sahabat

Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?
Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.
Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.
Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?
Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan. 
Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. 
Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah
Rujukan~ Aku Islam

Rabu, 3 April 2013


Assalamualaikum w.b.t...
sahabat2ku sekalian...

Sedikit c0retan saya pada kali n ketika ini wat pedoman n peringatn buat semua n utk diri saya sendiri...
~n0b0dy perfect Right!..hihihi..~
Segala kekurangan n ketelanjuran saya berkata2 hrp dimaafkan...^_^


~KESABARAN ITU SWEETIES~

Sabar itu manis...bagaimana manisnya...bagaimana rasanya, hnya mrk yg sabar dpt merasainya,tidak perlu panjang lebar..sekadar senyuman ianya mampu menterjemahkan everything that happen…mrk yg dipercayai entah kemana, ketika kita rasa hidup ini semakin sempit…sempit krn jiwa makin sebak n lemas dgn segala dugaan yg dtg tnp diduga n semakin menguasai hati, fikiran ,jiwa, n perasaan…ketika itulah tahap kesabaran kita diuji..hny mereka yg betul2 kuat sja yg dpt mengawalnya…kdg kala kita terpaksa menipu diri sendiri dgn menahan kesabaran kita d hdpn 0rg..juga dlm keadaan terpaksa kita melakukannya..hnya utk mununjukkan yg kita seorang yg kuat n sentiasa mampu mengatasi segala dugaan n cabaran yg kita hadapi ketika itu….ttp sebenarnya…saat itu kita sgt lemah..sgt letih..sgt menderita, hari demi hari…ttp allah itu maha adil.maha agung, maha melihat,maha mengetahui segalanya….hny allah s.w.t shj yg boleh mengetahui kebenarannya bg setiap apa yg berlaku kpd kita…ALLAH punya kebenarannya..MANUSIA kdg kala men0lak kebenaran itu…men0lak kebenaran akibat mahu terlepas dri kesalahan n kesilapan yg dilakukan oleh mrk sendiri…EGO!!!!, PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!!!, KEDENGKIAN melanda diri n menguasai diri mrk…..takut menghadapi kebenaran n tunduk kepada kejahatan…ALLAHHU AKBAR!!!!!...mnta dijauhan drp mrk2 ini…TTP tahap kesabaran itu mempunyai batasnya n hadnya…sampai bila kita harus bersabar???? Bersabar di atas kesalahan n fitnah dri org lain?....kdg kala perasaan ini akan muncul di fikiran kita..redhalah..redha dgn ketentuan tuhan…biarlah..jadilah kita org2 yg bersabar…krn ALLAH sgt menyukai n sayangi mrk2 yg sabar…besar pahalanya kita bersabar…mahukan SYURGA?? So, bersabarlah dlm segala hal..ttp sekiranya kita semakin  lemah mntalah pertolongan dariNYA..In sha Allah…Allah itu maha mendengar, maha mengasihi..Ingatlah DIA dikala susah n senang…, Kita perlu REDHA dgn jalanNya…Carilah REDHA Allah…sabar atas ujian..sabar diatas ketentuan..itu sabar...menerima bahawa yg terjadi itu suatu tarbiyah hebat dariNya...Bukan calang-calang orang yg b0leh  bersabar, krn ada yg hancur sabarnya ketika tapak pertama tdak dpt berdiri dgn teguh,dan ada juga yg mampu bersabar hingga ke akhirnya...sekuat keyakinan Allah bhwa kamu boleh bersabar..sekuat itu juga kamu perlu berusaha untuk brsabar...Dia tidak menimpakan ujian buatmu..jika tidak dirasakn bahawa kamu layak untuk menerima....
~ Allah Bersama Orang-Orang Yang Sabar~
"Alhamdulillah…” terg0l0nglah kita dalam kalangan org2 yg bersabar..
~Sebenarnya org2 yg sentiasa bersabar ini adalah sgt bertuah n high value..krn mrk2 ini  lebih hebat dri mrk2 yg hebat di dunia~
…..Allahu alam…..


Jumaat, 25 Januari 2013

Assalamualaikum w.b.t...
buat teman-teman yg disayangi 0leh Allah sekalian...


SAHABAT??


Berbicara mengenai SAHABAT??...Sudah tentunya kita semua mempunyai sahabat atau teman yg sentiasa berada bersama kita disaat kita susah dan senang..SAHABAT adalah pembimbing disaat kita memerlukannya...ttp adakah benar SAHABAT itu akan sentiasa bersama kita disaat kita dibelenggu kesukaran, kesempitan, dan juga kesusahan??

Benar atau Tidak hanya kita yg tahu kesahihannya...hanya DIA yg maha mengetahui dan sentiasa ada disaat kita dilanda susah dan senang..DIA sentiasa ada di samping kita semua...hanya DIA...

Kita sebagai manusia yg berada di muka bumi ALLAH yg sementara ini sangat memerlukan insan yg bergelar SAHABAT ATAU TEMAN...

selain IBU dan AYAH serta KELUARGA yg sangat kita sayangi...
"SAHABAT" diperlukan...disaat apa pun yg terjadi...sgt memerlukan di antara satu sama lain...

0leh itu,ketika bersahabat pandanglah sahabat anda itu dgn penuh kasih sayang...katakan pada diri anda, apa yg b0leh saya lakukan utk gembirakan kamu wahai sahabat, biarpun dia tidak sealiran pendapat dgn kita tapi renunglah kedalam diri kita apa yg sama antara kita..percayalah kuasa kasih sayang adalah kuasa kedua terbesar selepas kuasa ALLAH...teruskan mend0akan kebaikan untuk sahabat anda itu..In sha ALLAH...


Justeru,hargailah sahabat yg sedang bersama kita sekarang kerana kita tidak tahu adakah kita berkesempatan bertemu dengannya nanti dan saling memberi dan memberi ke arah kebaikan..^_^










Isnin, 10 Disember 2012



As salam...

Kesedihan itu sesuatu yg sangat menyakitkan..

Sayu hati bila melihat org sangat kita sayangi bersedih..bersedih dikala dirinya tdk dpt menanggung lagi dugaan yg melanda dirinya…cukup sedih rasanya,seolah-olah diri sendiri yg ditimpa dugaan itu dan diuji sepertinya..sampaikan diri ini merasakan biarlah..biarlah segala keperitan dan kesengsaraannya diriku yg tanggung,biar aku yg merasakannya… betapa pahitnya dugaan itu…,ya allah.. aku tidak terdaya lagi..sedih..cukup sedih rasanya,tapi aku percaya bagi setiap apa yg berlaku itu pasti ada  hikmah,ada hikmah yg tersendiri,mungkin disebalik dugaan itu akan terselit kemanisan dan kebahagiaan yg kita tidak tahu…bila...dan bila ia akan muncul.. itu semua dugaan olehNYA,kasih sayangku terhadapnya sangat mendalam,tiada siapa yg dpt memisahkan dan menggantikannya ,melainkan kematian..kematian yg pasti..yg pasti akan tiba,entah bila,mungkin hari ini,besok atau pada bila-bila masa shj,kita tidak tahu itu,hanya DIA..hanya DIA,ya allah..aku sgt menyanyanginya…tiada apa yg lebih indah dan bernilai di dunia ini melainkan aku dpt melihat kembali senyumannya…senyumannya yg sentiasa menyembuhkan setiap dukaku ya allah..ya allah…kuatkanlah dia..kuatkanlah imannya..agar dia dpt menghadapi semua dugaanMU ya allah…

Ahad, 30 September 2012




hehehehe...mlm2 buta nie sempat lagi saya menge"post"lagu nie~
tiba-tiba plak saya teringat lagu nie...hurmmm,,,
maybe coZ miss sesangat kt family saya kot,biasala jauh di perantauan...huhu~
lagi pun my father suka sgt dgr lagu-lagu dri alley cat niey...hihi
i also like this song...cer baca lirik nie mesti u aLL tahu kan...hihihi..:))
apa yg penting layannnnn....hihi...bye...gud nite! assalamualaikum....^_^


Andainya Aku Pergi Dulu

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga